HomeGlobalJijik! Puluhan haiwan dikurung dalam sangkar dipenuhi najis

Jijik! Puluhan haiwan dikurung dalam sangkar dipenuhi najis

PARA penyiasat menemukan sebuah kediaman kotor yang didiami oleh puluhan haiwan di dalam sangkar di Long Island, dekat New York, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Suffolk, di Virginia, AS melakukan operasi menggeledah ke rumah Ronkonkoma Linda Hart, 79, selepas menerima aduan orang ramai berhubung kira-kira empat ekor anjing tinggal di persekitaran menjijikkan.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, ketua SPCA Suffolk, Roy Gross berkata, kediaman tersebut dilitupi dengan ribuan ulat dan lalat, manakala sebanyak 49 haiwan peliharaan dikurung di dalam sangkar yang dipenuhi najis.

“Tiada satu pun bilik di dalam rumah itu yang tidak dipenuhi dengan sangkar haiwan termasuk bilik mandi.

“Anjing-anjing itu hidup dalam najis mereka sendiri, berendam dalam air kencing dan kelihatan sangat kusut,” katanya seperti dilapor New York Post.

Antara aniing yang dikurung di dalam sangkar dan hidup di dalam persekitaran menjijikkan. – SPCA Suffolk

Selain anjing, kediaman itu juga dipenuhi dengan kucing dan enam ekor burung kakak tua yang turut hidup di dalam sangkar.

Menurut Gross, beberapa anggota dari agensi tempatan yang berada di kediaman tersebut terpaksa memakai sut hazmat, berikutan kehadiran bau tidak menyenangkan.

Jijik. Antara anjing yang terpaksa hidup bersama najisnya. -SPCA Suffolk

“Saya tidak tahu apa lagi yang perlu saya katakan,selain ia adalah satu situasi yang mengerikan buat haiwan-haiwan itu.

“Nampaknya dia merupakan seorang penimbun,” kata Gross bercakap mengenai Hart yang kini berdepan dengan 49 pertuduhan atas kesalahan kekejaman terhadap haiwan.

 

Author

Pilihan Editor