HomeGlobalKantoi curang dengan lelaki lain, ibu 3 anak nekad panjat tiang elektrik

Kantoi curang dengan lelaki lain, ibu 3 anak nekad panjat tiang elektrik

SEORANG wanita nekad untuk memanjat sebuah tiang elektrik yang bervoltan tinggi, selepas suaminya mengetahui akan hubungan haramnya bersama lelaki lain.

Menerusi video tular yang berlegar-legar di media sosial sejak Rabu, wanita yang mengenakan sari merah itu melakukan perkara tersebut kerana dipercayai berniat untuk membunuh diri.

Sementara itu, orang ramai yang berada di lokasi kejadian mengambil langkah memujuknya untuk turun, berikutan khuathir sekiranya wanita tersebut terkena renjatan elektrik.

Pada masa sama, pihak polis dan jabatan perkhidmatan elektrik bergegas ke lokasi selepas menerima laporan daripada orang awam berhubung perkara tersebut.

Bekalan elektrik turut diputuskan sebagai langkah berjaga-jaga ketika usaha memujuk wanita tersebut turun dari tiang berkenaan.

Tidak beberapa lama kemudian, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan wanita tersebut dengan menggunakan tangga.

Terdahulu, NDTV melaporkan, ibu kepada tiga anak yang berusia 34 tahun terbabit didakwa menjalinkan hubungan dengan lelaki yang tinggal di kawasan berdekatan kediamannya yang terletak di Pipraich, Gorakhpur, dekat Uttar Pradesh, India.

Namun, rahsianya selama tujuh tahun itu akhirnya diketahui oleh suaminya dikenali sebagai Ram Govind, yang juga bekerja sebagai buruh.

Difahamkan, wanita tersebut bertindak curang terhadap suaminya atas faktor masalah kewangan keluarga.

Ketika pasangan tersebut melakukan pertengkaran, wanita itu dengan tanpa rasa bersalah menggesa suaminya untuk menempatkan lelaki lain di kediaman mereka bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan keluarga berkenaan.

Berang dengan perkara itu, Govind kemudian bertindak untuk keluar dari kediaman mereka.

 

 

 

Author

Pilihan Editor