HomeHiburanMarissa buka mulut, akui khilaf dan tampil mohon maaf

Marissa buka mulut, akui khilaf dan tampil mohon maaf

SEKIAN lama menyepikan diri, Marissa Dania Hakim akhirnya tampil memohon maaf kepada pihak yang terpalit dengan kontroversinya terutama keluarga.

Sebelum ini, anak perempuan kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim itu menjadi topik perbualan utama apabila didakwa kahwin lari tanpa restu keluarga.

Menurutnya dia membuat keputusan mendiamkan diri untuk memberi ruang menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa dicampuri orang luar.

Sekali gus, mahu menjaga nama baik keluarganya dan pihak terbabit.

“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga. Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.

“Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.

“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya seperti dilaporkan Gempak.

Menyentuh isu hubungan suami, Ahmad Aslam dengan ahli keluarganya, Marissa menzahirkan rasa syukur apabila keluarganya membuka pintu kemaafan dan menerima kehadiran Aslam.

“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.

“Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.

“Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan bersama madunya, Umisya Mazlan, dia memilih untuk tidak memberi sebarang komen.

Sebagai rekod, 27 Disember tahun lalu, pasangan tersebut mendapat perhatian ramai apabila Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand.

Author

Pilihan Editor