HomeSukanRanking Harimau Malaya jatuh, kini di tangga 138 dunia

Ranking Harimau Malaya jatuh, kini di tangga 138 dunia

RANKING Harimau Malaya kini jatuh ke tangga 138 dunia, menurut kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.

Menurut hantaran Facebook FAM, skuad negara jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia pada kemas kini terdahulu, 15 Februari 2024.

Foto: FAM

Menurut laporan Sinar Harian, Harimau Malaya tewas dua kali kepada Oman dalam aksi saingan kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu mengumpul 1,095 mata selain terpaksa berpuas hati untuk berada pada kedudukan keempat berbanding kedudukan ketiga dalam Asean.

Ia menyaksikan kedudukan ranking pasukan negara terus mengalami kejatuhan selepas turut turun dua anak tangga pada Februari lalu susulan aksi mengecewakan di Piala Asia Qatar baru-baru ini.

Indonesia pula berjaya memintas Malaysia selepas lima tahun apabila memungut 1,102.7 mata untuk berada pada kedudukan ke-134 dunia.

Author

Pilihan Editor