HomeGlobalSaintis bingung keluarga ini berjalan merangkak

Saintis bingung keluarga ini berjalan merangkak

 

DENGAN kemajuan dalam pesat dalam bidang teknologi, para saintis sering berjaya membuat beberapa penemuan yang luar biasa.

Kini saintis semakin mudah mendapat jawapan, tetapi itu tidak bermakna mereka masih tidak keliru dengan beberapa penemuan.

Sebuah keluarga di Turkiye yang menjadi subjek dokumentari, The Family That Walks On All Fours, adalah contoh terbaik.

Keluarga Ulas menjadi viral selepas sekumpulan saintis Turkiye menulis kajian perubatan tentang mereka.

Profesor psikologi evolusi, Nicholas Humphrey mengetuai pasukan yang mengkaji keluarga itu.

Pasukan itu terkejut apabila mereka mendapati daripada 18 kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga Ulas, enam daripada mereka mempunyai ‘kecacatan unik’ yang mengakibatkan mereka berjalan merangkak.

Walaupun saintis Turkiye berpendapat bahawa keluarga itu telah ‘berevolusi terbalik’, Profesor Humphrey mendapati kesimpulan itu ‘sangat menghina’ dan ‘tidak bertanggungjawab secara saintifik’, katanya dalam dokumentari BBC pada tahun 2006.

Imbasan neurologi menunjukkan bahawa bahagian tengah cerebellum kelihatan ‘mengecut’, tetapi itu tidak memberikan jawapan yang konklusif kerana orang yang mempunyai otak kecil atau bahkan tidak ada otak masih boleh berjalan tegak.

Pakar fosil di New York menganalisis cara mereka berjalan merangkak, mendapati ia sama sekali tidak konsisten dengan cara manusia awal berevolusi, manakala pasukan di Universiti Liverpool mendapati bahawa rangka mereka berbeza dengan manusia lain.

Para saintis buntu tentang punca sebenar hal ini kerana pemerhatian mendalam tetapi masih tidak menemui jawapan kepada persoalan itu.

Apabila beliau kembali melawat keluarga Ulas sekali lagi, Profesor Humphrey mendapati bahawa anak-anak mereka kini boleh berjalan tegak selepas dibantu oleh peralatan dan ahli fisioterapi.

Para saintis dari Universiti Aarhus pada 2014 mendapati puncanya adalah sesuatu yang dipanggil Cerebellar Ataxia, Mental Retardation and Dysequilibrium Syndrome (CAMRQ).

Menurut laman Science Nordic, CAMRQ ialah sindrom yang sangat jarang berlaku yang berpunca daripada mutasi yang juga sangat jarang berlaku yang menghalang protein daripada mengagihkan molekul lemak dengan betul.

Ini mengakibatkan sel saraf rosak, kerosakan otak dan kehilangan keseimbangan, yang menjelaskan mengapa keluarga itu berjalan merangkak kerana keseimbangan mereka tidak cukup baik untuk berjalan tegak. – Unilad

Author

Pilihan Editor