HomeHiburanSheriff raih RM11.4 juta selepas tiga hari tayangan

Sheriff raih RM11.4 juta selepas tiga hari tayangan

FILEM arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti berjaya meraih kutipan sebanyak RM11.4 juta dalam tiga hari tayangan termasuk satu hari tayangan awal.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi Astro Shaw pada Ahad.

“Alhamdulillah. Dalam masa empat hari tayangan sahaja dah capai RM11.4 juta! Skuad Sheriff nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda yang padu ni!

“Untuk anda yang masih tak tengok lagi tu, jom habiskan weekend ni tengok filem Sheriff. Kita kasi pecah itu panggung!” tulis hantaran itu, lapor Gempak.

Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw, yang memulakan tayangan rasminya pada 18 April di panggung wayang seluruh negara.

Antara barisan pelakon utama adalah  Zul Ariffin Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan Datuk Aaron Aziz.

SINOPSIS:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Author

Pilihan Editor