HomeGlobalWakil Iran ke PBB beri AS amaran, jauhkan diri daripada konfliknya dengan...

Wakil Iran ke PBB beri AS amaran, jauhkan diri daripada konfliknya dengan Israel

PERWAKILAN Iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) untuk menjauhkan diri daripada konflik antara Iran dan Israel selepas Tehran memulakan serangan udara terhadap Israel.

“Tindakan ketenteraan Iran dijalankan berdasarkan Artikel 51 Piagam PBB yang berkaitan dengan pertahanan yang sah, sebagai tindak balas kepada pencerobohan rejim Zionis terhadap premis diplomatik kami di Damsyik.

“Perkara itu boleh dianggap selesai. Walau bagaimanapun, sekiranya rejim Israel melakukan kesilapan lagi, tindak balas Iran akan menjadi lebih teruk. Ia adalah konflik antara Iran dan rejim Israel, yang mana A.S. MESTI MENJAUHKAN DIRINYA!” tulisnya pada X.

Selepas Iran memulakan serangannya, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Adrienne Watson berkata, sokongan AS untuk keselamatan Israel adalah sekukuh besi.

“Amerika Syarikat akan berdiri bersama rakyat Israel dan menyokong pertahanan mereka terhadap ancaman dari Iran ini,” tambah Watson.

Presiden AS, Joe Biden bertemu penasihat keselamatan negaranya di Rumah Putih untuk membincangkan perkembangan itu, lapor Anadolu.

Author

Pilihan Editor