HomeBeritaKADA beri kerjasama kes pegawai kanan ditahan SPRM

KADA beri kerjasama kes pegawai kanan ditahan SPRM

LEMBAGA Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan penahanan seorang pegawai kanan KADA yang disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

Pengerusinya, Muhammad Husain berkata, susulan itu, KADA memberi kepercayaan penuh kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan yang telus dan terperinci berkenaan kes terbabit.

Beliau berkata, pihaknya memberi sokongan padu kepada SPRM selaras dengan misi dan visi mewujudkan wajah baharu KADA serta meningkatkan mutu perkhidmatan khususnya kepada para petani.

“Saya turut dimaklumkan bahawa pegawai kanan berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini (Rabu) bagi mendapatkan perintah reman,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, SPRM Kelantan menahan seorang pegawai kanan KADA berusia 40-an selepas diambil keterangan di pejabat SPRM negeri berkenaan.

Author

Pilihan Editor