HomeBeritaWaspada penipuan STR, SARA - MOF

Waspada penipuan STR, SARA – MOF

ORANG ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk meminta bayaran dalam jumlah yang besar.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, panggilan tersebut dibuat secara rawak dan meminta orang ramai membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan sedemikian.

“MOF tidak membenarkan pihak ketiga untuk menggunakan nombor talian telefon rasmi MOF,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu juga memberitahu, mana-mana pegawai MOF tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran daripada orang ramai bagi sebarang tujuan.

Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan STR atau SARA MOF di talian 03-8882 4565/4566 untuk sebarang pertanyaan mengenai kedua-dua bantuan berkenaan.

 

Author

Pilihan Editor