PUTRAJAYA: Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang aktif menjalankan kajian berkenaan kesan kehadiran bahan cemar baharu terhadap kualiti air di beberapa lembangan sungai di Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke-12.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menyatakan bahawa bahan cemar tersebut merangkumi bahan pengganggu endokrin (EDCs), kerintangan antimikrob (AMR) serta mikroplastik.