HomeBeritaMATRADE sasar RM1.73 trillion buat sektor eksport 

MATRADE sasar RM1.73 trillion buat sektor eksport 


KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pengeksport, Abu Bakar Yusof berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (MATRADE) mensasarkan sektor pengeksportan negara akan meningkat ke RM1.73 trillion pada tahun 2025.

Beliau berkata, hampir 6500 daripada 13000 usahawan yang telah berdaftar dengan MATRADE telah berjaya mengalirkan perniagaan mereka ke eksport antarabangsa melalui 49 pejabat perdaganganya yang ditempatkan di seluruh dunia, 

Menurut beliau, sebanyak RM1.426 trillion telah dicapai dalam sektor pengeksportan produk-produk tempatan ke pasaran antarabangsa setakat ini, dan ini akan mengekalkan posisi negara sebagai negara perdagangan dan eksport terkemuka di pentas dunia.

Beliau juga berkata bahawa pihak MATRADE mengalu-alukan kerjasama dengan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan usahawan-usahawan yang hadir pada majlis tersebut, untuk bekerjasama dalam aspek perkembangan perniagaan ke pasaran luar negara melalui rangkaian global MATRADE yang tersedia.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Majlis Penyampaian Anugerah Usahawan Top 500 oleh MTPN, di Kuala Lumpur pada Ahad.

Author

Pilihan Editor