KUALA LUMPUR — Menteri Digital Gobind Singh Deo dalam satu majlis tandatangan persefahaman (MoU), telah menyaksikan persetujuan antara wakil-wakil dari Axiata Cyber Fusion Centre (ACFC), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), dan CyberSecurity Malaysia dalam mengangani masalah berkaitan dengan jenayah siber dan yang berkenaan.
Beliau berkata bahawa keselamatan siber akan terus menjadi asas dan prasyarat kritikal untuk kekuatan ekonomi digital Malaysia, dan kerjasama ini akan membina ekosistem teknologi digital yang kukuh, selamat, dan tahan lasak dalam merealisasikan aspirasi digital Malaysia.
Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut telah ditandatangani oleh Vivek Sood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Berhad, Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, dan Ts Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC. Ketiga-tiga organisasi ini mengiktiraf peranan penting keselamatan siber sebagai pemangkin utama untuk memanfaatkan manfaat digitalisasi di Malaysia.
Ketiga-tiga pihak juga bersetuju untuk mempromosikan transformasi digital, inovasi dalam keselamatan siber, dan perkongsian sumber bagi mengenal pasti ancaman siber serta bekerjasama dalam memajukan norma dan piawaian antarabangsa dalam keselamatan siber.