HomeBeritaBekas Perdana Menteri Bangladesh gagal lari ke UK

Bekas Perdana Menteri Bangladesh gagal lari ke UK

Gambar: Bangladesh PMO/FILE.

Bekas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, dan adiknya yang melarikan diri ke India baru-baru ini, gagal meneruskan perjalan mereka ke UK buat masa ini.

Menurut jurucakap dari Kerajaan United Kingdom (UK Home Office), individu yang ingin memohon suaka perlu membuat permohonan tersebut, apabila sampai ke negara pertama yang terselamat.

Menurut jurucakap tersebut, tiada sebarang peruntukan yang dibenarkan untuk sampai
ke negara tersebut untuk mendapatkan suaka atau perlindungan sementara.

“Sesiapa yang ingin mendapatkan perlindungan antarabangsa haruslah memohon apabila sampai ke negara pertama yang terselamat, itulah laluan terpantas ke arah keselamatan.” – katanya lagi.

Sumber lain turut menunjukkan bahawa Sheikh Hasina telah memohon visa untuk dirinya melalui Pesuruhjaya Tinggi Britain – New Delhi. Permohonan beliau masih dalam proses kelulusan buat masa ini.

Beliau dipercayai akan meneruskan perjalanannya ke UK memandangkan adiknya Sheikh Rehana, yang juga seorang warganegara British, dan anak saudaranya Tulip Siddiq, seorang Ahli Parlimen dan menteri di negara tersebut.

Sumber: NDTV, WION.

Author

Pilihan Editor