HomeGaya HidupKacang soya mampu mencegah masalah usus

Kacang soya mampu mencegah masalah usus

KUALA LUMPUR – Ketua Perubatan dan Penolong Profesor Sains Kesihatan UCSI. Ts Dr Tan Chung Keat berkata. bahawa pengambilan kacang soya tertapai mampu mengatasi masalah usus seperti Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD).

Beliau merujuk kepada hasil kajian klinikal yang dilaksanakan oleh UCSI University, turut menunjukkan keberkesanan kacang soya tertapai pada kesihatan usus.

Beliau juga berkata bahawa masalah GERD semakin banyak di kalangan masyarakat dan biasanya memerlukan rawatan ubat atau pembedahan, bergantung kepada kes tersebut.

Tinjauan yang dilaksanakan oleh BMC Gastroenterology pada 2023 mendapati bahawa bilangan individu yang mengalami GERD membentuk 13.98% daripada populasi dewasa di seluruh dunia. Di Malaysia, GERD semakin meningkat dan kini dialami kira-kira 9.7% daripada penduduk negara ini.

“Kacang soya tertapai memberikan manfaat kesihatan lebih besar daripada kacang soya yang tidak menjalani proses pemeraman atau penapaian, dan telah diiktiraf kerana kesan terapeutik dan terbukti mempunyai ciri-ciri antidiabetes, antioksidan, antikanser dan antiradang,” katanya lagi.

Beliau berkata demikan sempena pelancaran kempen “The Gut Show” bersama wakil dari Nattome Malaysia dan Farmasi Caring di The Gardens Mall, Mid Valley, pada Selasa lalu.

Author

Pilihan Editor