BANGKOK: Sekurang-kurangnya 31 termasuk kanak-kanak maut dalam tembakan rambang di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di daerah Uthai Sawan, wilayah Nong Bua Lamphu, timur laut Thailand tengah hari tadi.
Polis dalam kenyataan berkata, mangsa korban termasuk kanak-kanak dan orang dewasa, dengan operasi memburu suspek yang merupakan bekas anggota polis giat dijalankan.
Jurucakap kerajaan berkata, Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mengarahkan semua agensi mengambil tindakan untuk menangkap suspek.
Kadar pemilikan senjata api di Thailand adalah tinggi berbanding negara Asean lain, tetapi statistik rasmi tidak termasuk sejumlah besar senjata api haram yang kebanyakannya dibawa masuk melalui sempadan dari negara jiran berdepan persengketaan.

Kejadian tembakan rambang jarang berlaku di Thailand, tetapi pada 2020, seorang askar yang berang atas urusan jual beli hartanah mengamuk dan melepaskan tembakan yang meragut 29 nyawa, dengan 57 yang lain cedera di empat lokasi.