HomeSukanUEL2022: Arsenal menang lagi, mudah atasi Bodo/Glimt 3-0

UEL2022: Arsenal menang lagi, mudah atasi Bodo/Glimt 3-0

THE GUNNERS meneruskan momentum kemenangan mereka pada musim ini dengan kemenangan ke atas pasukan Norway, Bodo/Glimt 3-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A saingan Liga Europa 2022/2023, di Stadium Emirates, pada awal pagi tadi.

Ketiga-tiga gol skuad Mikel Arteta dijaringkan oleh Eddie Nketiah, Rob Holding dan Fabio Viera untuk memastikan Arsenal mendahului kumpulan dengaan kutipan enam mata dalam duaa perlawanan.

Gol pertama The Gunners hadir pada minit ke-23 melalui Eddie Nketiah menolak masuk “rebound” ke gawang gol setelah rembatan deras Kieran Tierney terkena tiang gol.

Arsenal menggandakan kedudukan lima minit kemudian hasil tandukan pemain pertahanan tengah, Rob Holding setelah menerima hantaran silang dari pemain penyerang tengah, Fabio Viera.

Pasukan pelawat cuba untuk bangkit dari ketinggalan dengan menguasai perlawanan di awal babak kedua dan peluang terbaik muncul di minit ke-57 melalui Amahl Pellegrino dengan tendangan mendatar berjaya diselamatkan penjaga gawang, Matt Turner.

Pemain gantian, Gabriel Jesus memberi umpanan kepada Viera untuk jaringan ketiga di minit ke-84 melengkapkan kemenangan 3-0 pasukan Arsenal.

Kedua-dua pasukan adakan  bertemu semula untuk perlawanan ketiga minggu depan di Norway selepas Arsenal membuat perhitungan menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates minggu ini.

Author

Pilihan Editor