HomeSukanUEL2022: Dua gol Marcus Rashford bantu United bangkit tewaskan Omonia 3-2

UEL2022: Dua gol Marcus Rashford bantu United bangkit tewaskan Omonia 3-2

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford tampil cemerlang dengan menyumbat dua gol sekaligus mencetuskan kebangkitan skuad The Red Devils daripada ketinggalan dengan menewaskan Omonia 3-2, di Stadium GSP Nicosia, Cyprus, dalam aksi kejuaraan Liga Europa, awal pagi tadi.

United yang dibarisi keselebasan utama terkuat termasuk pemenang Ballon d’Or terkuat, Cristiano Ronaldo dan pemain tengah defensif dari Brazil, Casemiro dominan dengan penguasaan permainan melakukan serangan melalui Antony melalui rembatan jarak jauh pada minit ke 28 namun dihalang penjaga gol Omonia, Fabiano.

Omonia yang kini berada di bawah bimbingan bekas pengurus Celtic, Neil Lennon mengejutkan United dengan gol pertama pada minit 34 menerusi serangan pantas yang dicetuskan oleh Bruno melorong bola kepada penyerang Iran Ansarifard berjaya menewaskan penjaga gol, De Gea.

Pengurus United, Erik ten Hag membuat dua pertukaran pemain pada separuh masa kedua dengan memasukkan Marcus Rashford menggantikan Jadon Sancho serta Luke Shaw menggantikan Tyrell Malacia.

Percaturan ten Hag dengan pertukaran itu membuahkan hasil dengan United meningkat intensiti serangan serta berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak jauh, Marcus Rashford pada minit ke-53.

Penguasaan United berterusan dengan menjaringkan gol kedua hasil pemain gantian baharu, Anthony Martial hasil bantuan Rashford menjadikan United mendahului 2-1 pada minit ke-62.

Sementara itu, bintang sensasi United, Cristiano Ronaldo yang kerap memanaskan bangku simpanan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) oleh ten Hag mempunyai banyak peluang menjaringkan gol yang gagal disempurnakan.

Aksi hambar Ronaldo dalam perlawanan berterusan setelah percubaan jarak dekat penyerang Portugal itu hanya singgah ke tiang gol dalam keadaan terbuka di minit ke-77.

Sumbangan Ronaldo dalam perlawanan muncul pada minit ke-83 dengan membuat hantaran lorong kepada Rashford untuk membawa United selesa mendahului 3-1.

Omonia bangkit menjarakkkan kedudukan melalui jaringan gol kedua pada minit ke-87 oleh Panagiotou.

Author

Pilihan Editor