HomeBeritaPolitikPRU15: Amanah, PH mahu Dr Zulkefly pertahan kerusi Kuala Selangor

PRU15: Amanah, PH mahu Dr Zulkefly pertahan kerusi Kuala Selangor

 

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan (PH) mahu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor bertanding mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ini kerana parti menganggap PRU15 adalah sangat kritikal dan serius, maka setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi PH.

“Kami mengambil maklum hasrat dan niat baik Datuk Seri Dr Dzulkefly untuk memberi laluan kepada calon yang lebih muda dalam pilihan raya umum kali ini dan beliau sudah lama menyebut perkara itu kepada pimpinan parti.

“Tetapi, kami pimpinan Amanah dan Pakatan Harapan mahu Dr Dzul bertanding untuk mempertahankan kerusi Kuala Selangor sekali lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata, Amanah dan PH yakin Dr Dzulkefly mampu mengekalkan kerusi itu berdasarkan rekod prestasi beliau selama ini dan penduduk Kuala Selangor menyedari akan kegigihan beliau membantu rakyat Selangor termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan. – BERNAMA

 

Authors

Pilihan Editor