HomeSukanLuqman Hakim diturunkan bersama skuad utama KV Kortrijk di lewat akhir permainan

Luqman Hakim diturunkan bersama skuad utama KV Kortrijk di lewat akhir permainan

PENYERANG MUDA negara, Luqman Hakim Shamsudin meraih minit permainan di hujung permainan bersama skuad utama pasukan Liga Divisyen Satu Belgium, KV Kortrijk dalam perlawanan menentang KVC Westerlo, awal pagi tadi.

Luqman dibawa masuk pada minit ke-88 menggantikan Felipe Nicolás Avenatti oleh pengurus pasukan, Adnan Custovic.

Penampilan pada perlawanan ini merupakan kedua bersama skuad utama buat Luqman sejak menyertai kelab KV Kotrijk dengan menandatangani perjanjian kontrak selama lima tahun pada Ogos 2020 lalu.

Luqman membuat penampilan pertama bersama skuad utama KV Kotrijk dalam perlawanan ketika bertemu Anderlecht pada 24 Oktober 2020.

Perlawanan ini menyaksikan KV Kortrijk tewas 0-2 ke atas KVC Westerlo meskipun mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri.

Pasukan yang diwakili pemain muda negara ini berada ditangga tercorot dalam kedudukan liga, dengan mencatatkan tiga kemenangan, dua seri dan sembilan kekalahan dari kesuluruhan 14 perlawanan setakat ini.

Kelab KV Kortrijk dimiliki jutawan tanah air, Datuk Vincet Tan.

Author

Pilihan Editor