CYBERJAYA: Calon PH Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berjaya mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau menang dengan 31,033 undi yang berjaya diraih mengalahkan pesaingnya calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Zafrul Abdul Aziz yang meraih 30,031 undi.
Manakala calon PN Parlimen Kuala Selangor, Mohd Noor Mohd Sahar dengan 23,639 undi dan calon Pejuang Parlimen Kuala Selangor, Mohd Shaid Rosli dengan 1,778 undi.