HomeBeritaPolitikTun Mahathir gagal pertahan kerusi Parlimen Langkawi

Tun Mahathir gagal pertahan kerusi Parlimen Langkawi

CYBERJAYA: Pengerusi Penaja Pejuang dan GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan rasmi menunjukkan Parlimen Langkawi dimenangi calon PN Parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah dengan undi 25,463 yang berjaya diraihnya.

Undi tertinggi kedua pula berjaya diraih calon BN Parlimen Langkawi, Armishah Siraj dengan 11,945 undi.

Manakala Mahathir tewas dengan 4,566 undi sahaja yang berjaya diraih.

Author

Pilihan Editor