HomeBeritaPM tegaskan kasut mahalnya pemberian Sultan Johor

PM tegaskan kasut mahalnya pemberian Sultan Johor

CYBERJAYA: Kasut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berharga lebih RM5,500 merupakan pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dua tahun lalu.

Terdahulu, tular di media sosial, warga maya mempersoalkan mengenainya selepas Anwar dilihat memakai kasut Major Loafer itu dalam gambar beliau menyambut ketibaan Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien III pada Isnin lalu.

Menjawab kepada isu tersebut, Anwar membalas komen terhadap seorang pengguna Twitter yang membangkitkan isu kasut tersebut dalam Twitternya pada Selasa.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” tegas Anwar.

Ciapan Twitter netizen tersebut menyindir Anwar susulan beliau menolak menggunakan kereta Mercedes S600 untuk urusan rasmi, namun dilihat memakai kasut jenama mewah yang berharga kira-kira RM5,500.

Untuk rekod, Anwar menolak menggunakan kereta tersebut yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), serta akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.

Author

Pilihan Editor