PADA malam Khamis bertempat di pawagam GSC MyTown Cheras telah berlangsungnya tayangan perdana Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa adalah jemputan kehormat malam itu selain penerbit dan penulis skripnya, Shahrudin Dali.
Anehnya Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim tidak hadir.
Desas-desus mengatakan bajet yang disalurkan FINAS untuk Mat Kilau mencecah RM1.5 juta dan ada tambahan lagi sebanyak RM300,000 sepanjang pembikinan filem itu dibuat.
Namun logo FINAS tak kelihatan pada bahan-bahan untuk promosi dan publisiti seperti risalah dan sebagainya.
Apa sudah jadi? Mungkin pihak penerbit Kembara Studio boleh jelaskan.
Ada lagi cerita kurang sedap di dengar di kalangan pekerja belakang tabir masih ada bayaran yang tidak dijelaskan.
Benarkah begitu? Jika benar harapnya semua isu ini diselesaikan sebaik mungkin.
Penulis yang menonton sendiri filem berkenaan memuji semua plot jalan cerita dan skrip mantap telah dihasilkan sehingga meninggalkan kesan di hati penonton.