HomeSukanPiala Dunia: Brazil benam Korea Selatan 4-1 di Qatar

Piala Dunia: Brazil benam Korea Selatan 4-1 di Qatar

PELUANG Brazil untuk melangkah ke suku akhir Piala Qatar 2022 begitu cerah apabila mempamerkan aksi luar biasa dengan membenam Korea Selatan di Stadium 974, awal pagi tadi.

Pada saingan itu, skuad Selecao berjaya meledak gol pembukaan mereka menerusi jaringan cantik Jose Vinicius Junior seawal minit ke-7 sekali gus memberi tekanan kepada pasukan Korea Selatan.

Brazil yang memburu gelaran juara dunia buat kali keenam mereka terus menambah derita Korea Selatan apabila Neymar berjaya menyumbat gol kedua pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti.

Tidak ketinggalan Richarlison yang menjaringkan gol pada minit ke-29 manakala Lucas Paqueta turut berada di dalam senarai penjaring sekali gus memberi keyakinan untuk menguasai babak pertama perlawanan tersebut.

Gol tunggal pasukan Korea Selatan dijaringkan oleh Paik Seung-ho pada babak kedua minit ke-76 namun terpaksa akur dengan kehebatan Brazil.

Brazil akan berdepan dengan naib juara Piala Dunia edisi lalu, Croatia selepas saingannya itu menewaskan Jepun pada penentuan penalti.

Author

Pilihan Editor