HomeGlobalHampir 50% penumpang dari China tiba di Itali positif COVID-19

Hampir 50% penumpang dari China tiba di Itali positif COVID-19

 

MILAN: Semua pelancong yang tiba dari China di Itali, perlu menjalani ujian COVID-19 mandatori.

Menteri Kesihatan Itali, Orazio Schillaci berkata, keputusan itu dibuat kerajaan berikutan hampir 50 peratus penumpang dalam dua penerbangan dari Beijing ke Milan baru-baru ini, disahkan positif virus berkenaan, lapor Foxnews.

“Langkah itu penting untuk memastikan pengawasan dan pengesanan kemungkinan varian virus,” kata kenyataan di laman web kementerian itu.

Laporan sama turut menyatakan bahawa Itali berkemungkinan akan mengenakan sekatan perjalanan yang ketat terhadap mereka yang datang dari China jika mengesan varian baharu.

Selain Itali, beberapa negara lain turut mengumumkan keperluan menjalankan ujian COVID-19 terhadap penumpang dari China.

Negara tersebut adalah Jepun, Korea Selatan, India, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Author

Pilihan Editor