HomeHiburanOgy kecewa industri seni dipinggir, tidak diiktiraf

Ogy kecewa industri seni dipinggir, tidak diiktiraf

KUALA LUMPUR: “Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil perlu duduk semeja bersama penggiat seni untuk memahami isu yang dihadapi golongan ini,” kata pelakon dan pengarah versatil, Fauziah Ahmad Daud, 60.

Beliau yang dikenali sebagai Ogy meluahkan rasa kecewa kerana isu industri seni dipandang enteng, tidak diiktiraf dan suara mereka tidak didengar.

“Isu industri seni terpinggir sudah lama berlaku dan tidak pernah diselesaikan dengan baik.

“Menteri, Fahmi Fadzil harus duduk bersama penggiat seni, untuk memahami apa masalah yang dihadapi dan beliau harus walk the talk, keadaan industri seni negara sudah tenat.

“Adakah kerana orang seni ini tidak diiktiraf kerana kami tidak layak? Tidak bantu ekonomi negara?

“Lihat bagaimana filem Nang Nak berjaya di seluruh dunia? Jawapannya kerana kerajaan Thailand beri sokongan penuh, beri dana untuk filem itu dihasilkan dengan kualiti.

“Kami mahu sokongan dari kerajaan, jika tidak kami tidak mampu hasilkan produk seni yang berkualiti melainkan hanya produk sampah sahaja yang mampu ditayangkan kepada rakyat,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kualiti produk seni di negara.

Awal bulan ini, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dilantik Menteri Komunikasi dan Digital bagi melengkapkan pembentukan Kabinet di bawah kepimpinan Anwar.

Fahmi pernah berkecimpung dalam bidang seni sebagai seorang penulis skrip, pelakon dan pengarah.

Malah, beliau juga pernah menggalas peranan sebagai watak tambahan dalam drama Gol & Gincu pada 2006, selain membintangi beberapa teater tempatan.

Author

Pilihan Editor