HomeHiburanDah 'ready' nak jadi suami, Syafiq Kyle nikahi Mimi Lana lepas raya

Dah ‘ready’ nak jadi suami, Syafiq Kyle nikahi Mimi Lana lepas raya

CYBERJAYA: Pelakon, Syafiq Kyle memaklumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, turut memaklumkan persiapannnya bersama pasangan tercinta yang juga seorang pelakon, Mimi Lana,28, kini sudah pun selesai.

“Insya-Allah kita ‘lepaskan’ puasa dan hari raya dahulu. Persiapan setakat ini saya boleh kata semua sudah siap dan berjalan lancar.

“Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap, tapi semuanya dalam keadaan terkawal. Doakan saya,” katanya seperti dilapor Astro Gempak.

Menjelang hari bahagia, pelakon One Cent Thief itu berkata, sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga di alam perkahwinan.

“Saya dengan pasangan (Mimi) sudah lama kenal. Jadi untuk ke fasa seterusnya (berkahwin), saya rasa lebih tersusun dan yakin mampu menguruskan masa dengan baik.

“Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah rasanya untuk pikul tanggungjawab ini.

“Lagipun selepas berkahwin nanti, aktiviti seni juga masih berjalan seperti biasa. Malah pihak produksi sendiri faham dengan jadual kerja kami,” ujarnya.

Terdahulu, pada 21 Januari lalu, Syafiq bersama keluarganya merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman dramatis itu

Author

Pilihan Editor