HomeSukan'Super Safee' umum gantung but pada usia 39 tahun

‘Super Safee’ umum gantung but pada usia 39 tahun

SAFEE Sali hari ini mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak profesional pada usia 39 tahun.

Pemain berasal dari Kajang yang mendapat jolokan ‘Super Safee’ itu telah menjaringkan 189 gol sepanjangan kariernya. 

Safee memulakan karier profesional bersama Kuala Lumpur pada 2003 dan sebelum dipinjamkan ke Telekom Melaka pada tahun yang sama.

Dia juga pernah mewakili Sarawak pada tahun 2006 sebelum mencipta nama sebagai penyerang paling berbisa pada tahun 2007 bersama pasukan Selangor.

Nama Safee Sali terus menjadi sebutan apabila dia memberikan persembahannya dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 sangat luar biasa dan menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu.

Dia mewakili Pelita Jaya iaitu kelab dari Indonesia selama dua tahun pada 2010 hingga 2012 sebelum pulang ke Malaysia bersama JDT.

Sebelum bersama KL City FC, Safee turut pernah berbakti dengan PKNS dan PJ City FC.

Foto : Goal.com

Perlawanan akhir Piala AFC 2022 di antara KL City dan Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan perlawanan yang terakhir oleh Safee sebagai pemain profesional. 

Safee bersara sebagai pemain yang paling berjaya apabila dia berjaya merangkul kejayaan dalam kesemua kejohanan domestik dan antarabangsa, seperti Piala Sumbangsih, Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super Malaysia.

Dalam peringkat antarabangsa, Safee berjaya memenangi Piala AFC bersama JDT dan membawa Harimau Malaya muncul juara Piala AFF. 

 

Author

Pilihan Editor