HomeHiburanIbu beri restu, Shuib dan Watie nikah tahun ini?

Ibu beri restu, Shuib dan Watie nikah tahun ini?

CYBERJAYA: Pelawak dan penyampai radio, Shuib, memaklumkan akan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Watie Hanafiah, 35, pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 39, berkata, khabar gembira itu akan dikongsi kepada umum apabila tiba masanya nanti kerana kini mereka masih dalam fasa perbincangan lagi.

“Saya berniat (mendirikan rumah tangga) pada pertengahan tahun ini.

“Insya-Allah yang terperinci saya akan kongsikan nanti,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

Tambah Shuib, dia sedia membimbing Watie yang kini seringkali menjadi perhatian netizen berhubung jalinan mesra antara mereka berdua.

“Saya selalu beritahu dia jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kasihan juga sebab dia bukan selebriti.

“Setakat ini semuanya baik dan saya ada memberitahunya tidak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut menzahirkan rasa lega apabila ibunya, Salamiah Jalani, menerima kehadiran Watie dengan baik termasuklah anak bongsunya, Ayash Affan.

“Ayash hanya mahu tiga orang wanita saja iaitu mama, pembantu dan Watie.

“Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash kerana mama kini mengerjakan umrah,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor