HomeBeritaSidang Dewan Rakyat ditambah dua hari, lanjut hingga 4 April - Speaker

Sidang Dewan Rakyat ditambah dua hari, lanjut hingga 4 April – Speaker

CYBERJAYA: Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 ditambah dua hari lagi sekali gus menjadikan tempoh keseluruhan bersidang selama 31 hari.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, pindaan berkenaan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurutnya, persidangan yang dijangka akan berakhir pada 30 Mac, itu kini dilanjutkan sehingga 4 April depan.

“Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua majlis telah menambah dua hari (lagi) bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15.

“Ini bagi membolehkan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) dan urusan kerajaan dapat dibentang dan diputuskan di Dewan Rakyat.

“Notis bertulis akan diberikan kepada semua ahli Yang Berhormat selepas ini,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Author

Pilihan Editor