HomeBeritaBomba KL pujuk lelaki nekad terjun bunuh diri di Maluri

Bomba KL pujuk lelaki nekad terjun bunuh diri di Maluri

 

CHERAS: Cubaan seorang lelaki berusia 40-an untuk membunuh diri berjaya digagalkan oleh pasukan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur di V Residensi Suites, Jalan Cheras Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pudu, Japari Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

“Seramai 18 orang anggota dan 2 jentera FRT, 1 jentera ALP serta sebuah van Unit EMRS telah bersiap sedia dalam operasi tersebut.

“Setibanya jentera dilokasi kejadian, didapati terdapat seorang lelaki dewasa anggaran usia 40-an cuba untuk terjun dari bangunan tersebut di tingkat 4,” maklumnya.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dibawa naik dengan selamat sekitar pukul 9.08 malam selepas dipujuk oleh pasukan bomba.

Tambah beliau, mangsa telahpun diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pukul 9.33 malam.

Author

Pilihan Editor