HomeHiburanFarid Kamil, kita jumpa di mahkamah – Syamsul Yusof

Farid Kamil, kita jumpa di mahkamah – Syamsul Yusof

 

GOMBAK: Pengarah, Syamsul Yusof bakal mengheret pelakon, Farid Kamil ke mahkamah berhubung kenyataan berbaur sindiran dipercayai berkaitan kes pukul isteri Farid yang juga pelakon, Diana Danielle sekitar 2005.

Menurut Syamsul, 39, dia tidak mahu dilabel seperti ‘pondan’ yang hanya berani mengeluarkan kenyataan dalam media sosial semata seperti yang dilakukan Farid.

“Untuk Farid Kamil, kita jumpa di mahkamah. Kalau dah bawa ke mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mestilah aku nak saman kau.

“Saya tidak mahu jadi pondan, ‘pung-pang’ dalam media sosial. Masing-masing dah tua, kenapa nak buat ‘game’ seperti budak-budak,” katanya seperti dilapor Kosmo hari ini.

Tambah Syamsul, meskipun kini dia tidak akfit dalam media sosial namun dirinya masih mengetahui perkembangan semasa yang membabitkan dirinya menerusi rakan-rakan yang lain.

“Saya malas nak main media sosial. Kita dah tua, nak cari rezeki. Masa muda-muda dulu okeylah kot. Sekarang hal yang remeh-temeh, saya malas nak layan sebab tidak mahu bergaduh.

“Tapi saya anggap ini ujian untuk menjadikan saya semakin matang. Bayangkan daripada berkawan (dengan Farid), tiba-tiba timbul cerita begini. Kau dah kenapa?” katanya.

Terdahulu, Farid, 42, menerusi hantaran di InstaStory memerli seseorang yang didakwa pernah memukul Diana.

Akibat tindakan individu terbabit, isterinya mengalami trauma jangka panjang sehingga sekarang.

“Untuk rekod, ya dia memukul wanita bernama Diana pada 2005. Laporan dibuat tapi tiada tindakan,” tulis Farid.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Legenda Budak Setan itu dibuat sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendedahkan kepada media bahawa dirinya pernah dipukul oleh suaminya sehingga menyebabkan dia keluar rumah sekitar tahun 2020.

Untuk rekod, Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih sekitar tahun 2005, sebelum hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2008.

Malah, pada Disember tahun lalu, Diana pernah membuat pendedahan dirinya menjadi mangsa pukul bekas teman lelakinya dalam sesi temu bual bersama pengacara program audio siar, Studio Sembang yang dikendali oleh pelakon, Amelia Henderson.

Menurut Diana, kejadian tersebut berlaku ketika dia berusia 17 tahun selepas menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Author

Pilihan Editor