HomeNiagaKejar van Hoorrey X Fest Raya dapatkan baucar RM200

Kejar van Hoorrey X Fest Raya dapatkan baucar RM200

KUALA LUMPUR: Jualan raya ‘buang’ harga habis-habisan, Hoorrey X Fest Raya yang bakal berlangsung selama 72 jam tanpa henti bermula 19 April hingga 21 April ini menawarkan baucar dari RM50 hingga RM200 bagi pembelian sepanjang program itu.

Penganjuran Hoorrey X Fest Raya yang mendapat kerjasama penuh daripada Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM), Artist Corner dan MEDIA VARIASI sebagai media rasmi program yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim berkata, pihaknya sudah menyediakan satu van khas Hoorrey X Fest yang akan mengelilingi Lembah Klang.

“Orang ramai yang nampak van Hoorrey X Fest Raya kena kejar, kena tahan dan minta baucar.

“Baucar ada dari RM50, RM100, RM200 kena tuntut untuk tebus nilai di 400 vendor terpilih sepanjang tiga hari jualan raya Hoorrey X Fest nanti.

“Sepanjang event, pengacara majlis (MC) akan memasang lagu Hoorrey beberapa minit dan ketika itu vendor diwajibkan menurunkan harga, diskaun habis.

“Berapa kekerapan lagu akan dipasangkan bergantung kepada MC, namun selain tempoh itu vendor dibenarkan turunkan harga mengikut kreativiti mereka.

“Tujuan kami adalah dapat bantu selesaikan jualan vendor-vendor, habiskan stok sebelum Raya selain membantu golongan marhaen dapat menikmati baju raya premium dengan harga pasar malam,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Pada penganjuran Hoorrey X Fest Raya terdapat 100 usahawan selebriti yang terlibat dalam jualan borong raya itu bukan sahaja dari Malaysia, malah Singapura, Indonesia dan Rusia.

Artis yang bakal terlibat antaranya Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz, Amirchik dan ramai lagi.

Hoorrey X Fest Raya ini memberi peluang kepada rakan artis tempatan termasuk peniaga lain untuk berniaga di tapak yang disediakan dengan tawaran sewa tapak pada harga serendah RM1,500.

Acara menarik lain turut diselitkan seperti Infaq Ramadan Hoorrey berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTC.

Majlis Perasmian dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Boy di talian 011-3573 3060, Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).

 

Author

Pilihan Editor