HomeGaya HidupIbu bapa perlu ‘alert’ 5 perkara sebelum kongsi gambar, video anak di...

Ibu bapa perlu ‘alert’ 5 perkara sebelum kongsi gambar, video anak di media sosial

 

CYBERJAYA: Pasti ramai ibu bapa dan penjaga yang teruja menghantar anak-anak bagi sesi persekolahan baharu kali ini sehingga asyik merakam foto dan video mereka lalu dimuat naik dalam media sosial.

Bukanlah suatu perkara yang salah untuk berbuat sedemikian namun, faktor keselamatan anak-anak itu harus juga menjadi keutamaan.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter, Kamarul Afiq As-Subanji, berkongsi lima perkara asas yang harus ibu bapa dan penjaga ‘alert’ berhubung keselamatan anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penculikan.

“Aku tahu ramai yang excited anak masuk sekolah tapi jangan abaikan keselamatan anak-anak kita,” katanya.

Berikut lima perkara yang harus diberi perhatian jika ‘upload’ foto dan video anak-anak di media sosial:

  • Tutup lencana sekolah anak
  • Jangan tag lokasi sekolah anak
  • Jangan sebut nama sekolah
  • Kalau tahu nama sekolah anak kawan, jangan sebut suka hati. Privacy anak kawan kena jaga
  • Tak perlu bagi tahu anak masuk kelas apa

“Di internet, terlalu ramai pemangsa yang sedang menunggu kealpaan mangsanya. Mereka mencari maklumat di internet, dan menjadikan kita mangsa di alam nyata,” pesannya.

Author

Pilihan Editor