HomeHiburan‘Baju Melayu dah macam baju renang’ - Netizen sakit mata tengok 'teaser'...

‘Baju Melayu dah macam baju renang’ – Netizen sakit mata tengok ‘teaser’ lagu raya Aliff Syukri

 

CYBERJAYA: Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, kembali menghangatkan dunia hiburan dengan lagu raya terbaharu.

Bagaimanapun, perkongsian video ‘teaser’ lagu raya yang dimuat naik menerusi Instagram rasmi miliknya mendapat kecaman hebat oleh warga net khususnya berhubung pemakaian dalam video terbabit.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan pakaian yang digunakan dalam video itu yang memaparkan Aliff dan penari memakai baju Melayu ketat dan mencolok mata.

Malah, ada sebilangan warga net menyamakan pemakaian baju Melayu itu seperti baju renang.

“Nak pergi raya ke nak pergi swimming ni??? Boleh postpone tak raya..” @Zaharzac 

“3 dalam 1 baju ya, boleh buat raya, swimming, running,” @rosssindra

Pada masa sama, netizen turut menyifatkan Aliff tidak serik melakukan gimik murahan dan tarian yang memalukan semata-mata untuk meraih populariti.

“Sengaja je dia provoke buat baju macam tu orang kecam, dia akan dapat attention. Orang akan sebut, ni semua marketing, lepas tu keluar la video nangis minta maaf,” @amaluddinamran.

“Dia saja nak buat trending. Dapat duit sebab banyak views kat YouTube. Terus bertambah kaya. Rakyat Malaysia suka benda macam ni,” @che_ema

Sebelum ini Aliff Syukri turut menerima kecaman hebat berhubung video raya 2022 kerana aksi penari dalam paparan video dilabelkan agak keterlaluan.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor