HomeBeritaMahkamah & JenayahLelaki dakwa imam ‘seru’ nama ketika baca surah

Lelaki dakwa imam ‘seru’ nama ketika baca surah

 

KUANTA: Seorang lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Kuantan esok, susulan tindakannya menyerang seorang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada 26 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan melakukan kacau ganggu solat di rumah ibadat.

Menurutnya, suspek berusia 37 tahun itu kini dalam pengawasan di unit psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

“Siasatan awal mendapati, suspek sudah lama berada di kawasan terbabit dan ketika kejadian, dia menjadi agresif.

“Ia dipercayai ada kaitan dengan pengaruh dadah kerana ujian saringan mendapati, suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Suspek mendakwa bertindak demikian kerana mendengar imam yang mengimamkan solat ketika membaca surah ada menyebut namanya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Tambah beliau, suspek juga akan berdepan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagaimanapun, bagi pertuduhan mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan, suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok,” maklumnya.

Untuk rekod, suspek menyerang mangsa daripada belakang sekitar pukul 6.18 pagi.

Difahamkan, suspek menolak jemaah dan menerpa ke arah imam sebelum memukul imam dengan selipar.

Author

Pilihan Editor