CYBERJAYA: Meskipun bertalu-talu diasak soalan berhubung cahaya mata, pelakon, Nelydia Senrose masih ‘steady’ untuk tersenyum.
Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, berharap peminat mendoakan dia dan pasangannya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid dikurniakan anak suatu hari nanti.
“Saya okey sahaja bila ada yang bertanyakan tentang cahaya mata walaupun saya tak ada jawapan bagi soalan mereka.
“Mereka yang bertanya, bagi saya, prihatin. Secara tak langsung, mereka juga mendoakan saya,” katanya seperti dilapor Utusan.
Pelakon yang pernah popular dengan drama ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ itu turut akui bahawa dia tidak tergesa-gesa untuk menimang cahaya mata.
“Take it easy, tak perlu stress. Saya percaya ketentuan Allah kerana rezeki ditulis oleh-Nya.
“Belum masanya lagi, walaupun saya dan suami mengharapkan. Apa juga keadaan, saya terima,” ujarnya.
Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Hafez pada April 2019.