HomeBeritaPPIM saksi SM Faisal tidak hadir jumpa anak

PPIM saksi SM Faisal tidak hadir jumpa anak

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa pihaknya menjadi pengantara mewakili Emilia Hanafi dan ahli perniagaan, SM Faisal SM Nasimuddin dalam sesi lawatan anak-anak dengan bapa mereka.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

Presiden dan Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pertubuhan itu mengendalikan tiga kali pertemuan yang mana kesemuanya gagal dihadiri oleh SM Faisal.

Katanya, pertemuan kali pertama tidak dapat berlangsung kerana kedua-dua pihak (anak-anak Emilia dan SM Faisal) tidak dapat hadir, bagaimanapun, bekas suami Emilia itu turut tidak hadir pada pertemuan kedua dan ketiga.

“Saya berjumpa sendiri dengan peguam SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, maklumkan kita boleh aturkan perjumpaan bagi pihak Emilia dan SM Faisal boleh datang berjumpa anak mereka di tempat dipersetujui.

“Pasal dia (peguam) kata Emilia tak bagi (jumpa anak-anak), tak masuk akal kerana saya lihat sendiri dua sesi berkenaan bekas suami tidak hadir.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

“Jadi, nampaknya, benda ini berlaku (kononnya) disebabkan keengganan Emilia. Padahal, masa itu sekali sahaja Emilia minta tangguh tarikh sebab dia perlu ke Kedah.

“Jadi, bagi membuktikan keadaan, saya kata, tak mengapa. Saya cuba aturkan lagi supaya Emilia turun, sebab PPIM sebagai pengantara, anak-anak pun bersetuju, tapi (SM Faisal) tak ada datang sedangkan pihak peguamnya kata tarikh dan lokasi perjumpaan telah dipersetujui,” katanya kepada MEDIA VARIASI, di sini.

Nadzim turut merasa kecewa dengan sesetengah pihak apabila mengaitkan kes Emilia dengan PPIM bahawa ada terima duit.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

“Itu pun orang kata macam-macam, cerita di belakang kononnya kita dapat komisen, dapat berjuta-juta. Benda (fitnah) cukup bahaya dan saya tak fikir ia satu perkembangan baik.

“Sebagaimana ramai tahu keadaan Emilia yang ‘homeless’ menumpang sana sini bersama anak-anaknya, tiada duit sebagainya, PPIM bantu kerana mereka datang sini minta tolong dan atas prinsip kemanusiaan, bukan terima apa-apa duit.

“Sebelum ini PPIM ada bantu lepaskan seorang wanita daripada status bankrap lebih 13 tahun, tiada sesen pun kami terima tapi tiada orang tahu apabila kita bantu hendak lepaskan orang daripada masalahnya.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

“Saya yakin kita mudahkan urusan orang Tuhan mudahkan urusan kita, kita lepaskan susah orang, Allah lepaskan susah kita,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada pihak peguam dan yang berkaitan supaya dapat menjalankan kes berdasarkan prinsip kemanusiaan, dan pada masa yang sama mengutamakan pelaksanaan undang-undang sewajarnya.

“Dalam kes ini, Islam dipandang sebelah mata, hanya disebabkan tukar tarikh, (Emilia) dipenjara. Jadi, saya harap, ada unsur kemanusiaan dalam perjalanan kes,” katanya.

Adik Emilia, Ezhan Shahril Hanafi, 42, sebelum ini pernah mendedahkan dia dan anak-anak kakak sulungnya terpaksa menunggu kedatangan SM Faisal sehingga enam jam di luar pekarangan kediaman lelaki itu atas urusan pertukaran pengambilan, ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun 2020.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

“Emilia menyerahkan slot raya kepada bekas suami bagi membolehkan beraya dengan anak-anak.

“Saya bawa tiga anak kakak saya ke rumah dia (SM Faisal) pada pagi raya dan menunggu hampir empat jam awalnya tetapi dia tidak datang.

“PPIM sendiri cuba menghubungi dia, tetapi dia kata dalam meeting jadi dia minta pihak ketiga ambilkan.

“Saya punya amanah, i give to the right person. Kami sampai enam jam, sampaikan budak-budak ni nak kencing pun kami terpaksa guna tandas di ‘clubhouse’, tak boleh masuk rumah,” katanya yang turut masih menyimpan rakaman foto dan gambar.

Sementara itu, tular satu kenyataan membabitkan penafian daripada pihak anak keluarga konglomerat itu.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

Menurut kenyataan itu, pihak berkenaan merujuk kepada naratif yang sedang tersebar luas di media sosial bahawa Emilia dipenjarakan hanya kerana menukar tarikh lawatan sebanyak sekali, sedangkan bekas suaminya yang tidak hadir sebanyak 87 kali tidak dipenjarakan.

“Ini adalah maklumat yang tidak tepat dan berniat jahat. Naratif di atas disebarkan demi memburukkan nama Mahkamah Syariah, perundangan Syariah di negara ini, dan juga bekas suami OKT, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, SM Faisal mendakwa tidak pernah sekali dibenarkan berjumpa atau/dan membawa keluar anak-anaknya meskipun sudah bersetuju menetapkan Serene Kiara sebagai lokasi perjumpaan.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

“Emilia tidak membawa anak-anaknya ke lokasi berkenaan, sebaliknya menunggu di rumah bapanya di Country Heights, Kajang, Selangor. Beliau sengaja berbuat demikian kerana tahu SM Faisal tidak akan hadir di Kajang, maka beliau ada sebab untuk melemparkan pelbagai tuduhan terhadap bekas suaminya itu.

“Atas alasan inilah pihaknya menggunakan naratif SM Faisal tidak hadir sebanyak 87 kali walaupun jelas, terma Perintah yang dipersetujui, adalah di Serene Kiara,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu juga, SM Faisal melalui peguamnya, Tetuan Akberdin & Co telah beberapa kali memberikan notis peringatan kepada Emilia bahawa tindakan “unilateral” wanita itu dan/atau anak-anaknya yang kononnya “menunggu” di Country Heights, Kajang adalah sia-sia dan bertentangan dengan kehendak Penghakiman Persetujuan.

“Peguam SM Faisal turut meminta peguam baharu Emilia (ketika itu) menasihati anak guamnya itu agar mematuhi perintah Penghakiman Persetujuan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak dapat dipastikan sumber kesahihannya.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

Author

Pilihan Editor