HomeBeritaArmada gesa pindaan Akta Pencatutan dibentang, tangani 'pemeras' harga

Armada gesa pindaan Akta Pencatutan dibentang, tangani ‘pemeras’ harga

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa kerajaan membentangkan pindaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 di Parlimem bagi mengembalikan taring dan kuku penguatkuasa dalam membanteras golongan ‘pemeras’ harga.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pindaan ini penting bagi membolehkan tindakan ‘on the spot’ diambil kepada mana-mana peniaga, pembekal dan pengeluar makanan yang dikhuatiri melakukan amalan ‘profitery’.

“Jika tak dibentang, ia tidak boleh dilaksanakan.

“Sidang Dewan Rakyat, Dewan Negara adalah medan terbaik untuk membincangkan perkara ini, kita mahu  harga bekalan tidak melambung tinggi dan pada masa berlaku adil kepada peniaga.

“Pada masa ini jika ada mana-mana pihak yang mengetahui pihak buat aktiviti pencatutan sila tampil agar tindakan boleh diambil.

“Kita perlu ada mata dan telinga dari  kalangan masyarakat, Armada sedia bantu rakyat banteras mereka yang sewenang-wenangnya catut harga,” katanya,” katanya pada sidang media Armada Bersatu di Pejabat Perikatan Nasional di sini hari ini.

Armada turut membentangkan sembilan perkara kepada kerajaan sebagai langkah tegas membela kebajikan rakyat.

Antara perkara lain ialah Armada menentang sebarang penarikan semula subsidi pukal secara tergesa-gesa yang boleh jejaskan golongan yang B40 Dan M40 di negara ini, tanpa kajian menyeluruh terhadap kelangsungan golongan yang terjejas.

Armada menggesa kerajaan agar menghapuskan karenah birokrasi dalam pengagihan subsidi dan bantuan kepada petani, penternak dan nelayan yang menghasilkan makanan negara, termasuk kaunter-kaunter bergerak yang jadi hab pengeluaran makanan.

Skuad Prihatin Rakyat juga akan terus memantau harga dan mengumpulkan aduan rakyat agar dapat disalurkan kepada pegawai KPDNHEP setempat dan diselesaikan segera.

Author

Pilihan Editor