PARIS: Pasukan penyelamat Perancis terpaksa memecahkan tembok untuk mengeluarkan seorang wanita Amerika seberat 391 kilogram (kg) dari rumahnya di timur laut Perancis pada Khamis bagi menerima rawatan perubatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Wanita itu, yang tinggal di Stenay, berhampiran sempadan Belgium dan Luxembourg, sebelum ini menolak bantuan perubatan selama kira-kira 20 tahun, lapor France 3.
Persediaan untuk operasi itu mengambil masa berbulan-bulan, menggunakan sebuah ambulans bagi individu obes yang dipinjam dari Belgium.
Operasi menyelamat yang rumit itu tidak pernah berlaku di Perancis, kata pegawai kerajaan tempatan.
Pasukan penyelamat memecahkan dinding di tingkat satu rumah dan membentuk lubang pada siling.
Wanita itu kemudian diangkat keluar melalui tingkap tingkat bawah. Selain anggota bomba khas, doktor, dan kakitangan perubatan juga terlibat dalam operasi menyelamat. Beberapa jalan di kawasan itu turut ditutup. – BERNAMA-dpa