HomeBeritaViral‘Customer banyak songeh’ tambah lauk tak nak bayar lepas peniaga naikkan harga

‘Customer banyak songeh’ tambah lauk tak nak bayar lepas peniaga naikkan harga

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pembeli enggan membayar harga nasi lemak selepas peniaga tersebut menaikkan harga dari RM2 kepada RM2.50 setelah pembeli itu meminta untuk menambah sambal nasi lemak, kacang, telur dan ikan bilis di Hulu Langat.

Menerusi perkongsian di TikTok Nisya Kanwal, peniaga itu hanya mengenakan caj 50 sen untuk tambahan hidangan tersebut, tetapi pelanggan tadi tidak berpuas hati dan mempersoalkan kenapa harga tersebut berubah.

Bagaimanapun, selepas Nisya menjelaskan harga tersebut disebabkan kos bahan mentah yang tinggi, pelanggan tadi mahu memulangkan balik bungkusan nasi lemak itu dan ingin membeli di kedai lain.

Melihat reaksi pelanggan itu, Nisya akhirnya membenarkan pelanggan itu membayar dengan harga RM2.

Namun kerenah pelanggan terbabit yang dikatakan banyak ‘songeh’ mempersoalkan pula mengapa tidak menyediakan kod QR untuk memudahkan pelanggan yang tidak membawa duit kertas.

Akhirnya pelanggan terbabit tidak membeli nasi lemak tersebut atas alasan tidak membawa wang tunai.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen ‘menyirap’ dengan sikap pelanggan seperti ini.

“Memang betul ada certain customer macam ni, dia ingat ikan bilis, kacang, bawang, telur, kutip tepi rumah da,” komen netizen.

“Ada juga yang macam ini, macam-macam tambah bila nak bayar buat-buat terkejut, adoi,” ulas netizen.

“Sis ini jual murah dah RM2.50 kalau tempat lain tu depa ambil RM3 tau sebab extra bilis, telur, kacang dan sambal. Pelanggan ini datang daripada hulu mana,” kongsi warga net.

Namun, ada yang mendakwa itu hanyalah ‘content’ semata-mata dan lakonan semula untuk meraih publisiti. Bagaimanapun, tidak dinafikan kejadian sebegitu memang benar-benar berlaku.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor