HomeBeritaUniversiti Awam dikompaun RM25,000 anjur konsert tanpa permit

Universiti Awam dikompaun RM25,000 anjur konsert tanpa permit

CYBERJAYA: Sebuah Universiti Awam (UA) di Terengganu dikompaun RM25,000 atas kesalahan menganjurkan konsert tanpa kebenaran.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, notis kompaun telah diserahkan kepada pengurusan UA berkenaan minggu lalu.

Katanya, UA terbabit dikenakan tindakan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2002.

“Pengurusan UA terbabit diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan kompaun dan tindakan seterusnya akan dikenakan jika gagal berbuat demikian,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah pertandingan menjala sotong anjuran MBKT dan Koperasi MBKT (KOSMAT) di Pantai Batu Rakit, di Terengganu, semalam.

Untuk rekod, Isnin lalu, tular rakaman video sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi sedang menari pada sebuah konsert anjuran sebuah UA.

Difahamkan, UA berkenaan juga akan dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, pengurusan UA berkenaan mengadakan konsert tanpa kebenaran dan siasatan turut mendapati tiada permohonan permit dikemukakan.

Author

Pilihan Editor