CYBERJAYA: Walaupun Good Vibes Festival 2023 (GVF2023) dibatalkan serta-merta, ia tidak menghalang penyanyi Australia, Kid Laroi, 19, menghiburkan peminat dengan membuat persembahan percuma di lobi sebuah hotel.
Menerusi video tular di TikTok, kelihatan Kid Laroi santai menyanyikan lagunya sambil duduk di sebuah kerusi sehingga menarik perhatian orang ramai.
Penyanyi berusia 19 tahun itu mendendangkan lagu popular nyanyian bersama Justin Bieber iaitu Stay sehingga membuatkan ruangan itu bergema dengan suara peminat yang nyanyi bersamanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net terharu dengan peribadi yang ditunjukkan oleh Kid Laroi.
“Mad respect to Kid Laroi! The best song with the best attitude,” komen netizen.
“Pergh lobby je babe the humble person, salute you man,” kongsi netizen.
“This is what we call a performance for fans. He sincerely thought of his fans even if he can only sing for them in the lobby,” luah netizen.
Dalam pada itu, Kid Laroi membuat permohonan maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan peminat di Malaysia melalui Instagram stories miliknya.
Tambahnya, dia mengetahui pembatalan GVF 2023 sebaik sampai di Malaysia, malam kelmarin.
“Baru sahaja sampai dan dapat tahu festival itu dibatalkan. Saya sayang Malaysia, maafkan saya,” tulisnya.