HomeSukanBintang Borussia Dortmund bakal perkuat Kelantan FC?

Bintang Borussia Dortmund bakal perkuat Kelantan FC?

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman memaklumkan pasukan Kelantan FC bakal diperkuatkan dengan beberapa muka baharu yang akan dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini.

Sejak jendela kedua perpindahan pemain dibuka pada 5 Julai lalu, Kelantan FC kehilangan ramai tonggak utama antaranya ketua pasukan mereka, Mario Arqués, Nurshamil Abd Ghani dan Ismahil Akinade.

Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menyatakan antara muka baharu itu ialah Dennis Buschening berusia 32 tahun dan kini dalam fasa akhir melengkapkan perpindahan ke Kelantan FC.

Menurut laporan Makan Bola, laman rasmi Kelantan FC tidak sengaja memuat naik foto pemain itu yang menjalani latihan bersama pasukan. Namun, foto berkenaan telah dipadam.

Pada musim ini, bekas pemain Borussia Dortmund itu beraksi di Thailand bersama kelab MH Nakhonsi.

Author

Pilihan Editor