HomeBeritaViral‘Tolong buang mak..’ – Remaja ditegur tak beradab, salah guna tatabahasa

‘Tolong buang mak..’ – Remaja ditegur tak beradab, salah guna tatabahasa

 

CYBERJAYA: Gara-gara salah penggunaan tatabahasa, seorang remaja perempuan menjadi perhatian warga net di grup Facebook ‘Edit Apa Hari Ni?’.

Perkara itu susulan gadis berkenaan meminta tolong ahli grup itu untuk menyunting fotonya.

Dalam foto terbabit, kelihatan dia bersama ibu dan abangnya namun gadis itu meminta tolong supaya gambar bertiga itu diubah menjadi dua orang saja iaitu dia bersama abangnya.

“Tolong buang mak kat tengah-tengah tu sebab teringin nak ada gambar berdua dengan abang,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Penggunaan kata ‘buang mak’ itu membuatkan sebilangan netizen marah dengan cara penulisan remaja terbabit.

Namun, masih ada sebilangan yang berpandangan bahawa ‘buang mak’ yang dimaksudkan remaja itu adalah bahasa pasar bagi kata ganti ‘sunting’.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai ahli grup yang meninggalkan pendapat mereka tersendiri berserta nasihat terhadap remaja itu.

Malah, ada juga yang berkongsi hasil suntingan yang kreatif menerusi foto remaja berkenaan.

Untuk makluman, grup Facebook ‘Edit Apa Hari Ni?’ adalah sebuah komuniti santai yang menjadi platform buat masyarakat memaparkan hasil kreatif dalam menyunting foto.

Author

Pilihan Editor