CYBERJAYA: Setiap jenis sayur-sayuran itu mempunyai khasiat tersendiri yang terkadang masyarakat sendiri kurang cakna.
Baru-baru ini tular di Facebook mengenai perkongsian seorang wanita dikenali Fatimah Hashim mengenai khasiat disebalik air rebusan bendi yang didakwa berupaya menstabilkan paras gula dalam badan.
Malah, Fatimah turut mendakwa bahawa bendi elok untuk mengawal bacaan kolestrol dalam badan.
“Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki, suami pula tinggi bacaan kolestrol.
“Selepas amalkan minum air rendaman kacang bendi ini saya tidak lagi alami kebas kaki, kolestrol saya juga telah turun. Berbaloi dari berhabis duit beli ubat setiap bulan,” tulisnya.
Selain itu, Fatimah turut berkongsi petua menggunakan air rebusan bendi untuk penyakit kencing manis.
“Petua untuk kencing manis ialah minum air rebusan kacang bendi 1 gelas 3 kali sehari.
- Petua untuk mengurangkan lendir:
Air kacang bendi memanglah berlendir tapi khasiat utamanya ialah pada lendir lendirnya, jika tiada lendir seperti makan hampasnya lah..sebaiknya dicuci dan terus dipotong. - Petua:
Basuh bendi sebelum potong .Sejatkan bendi dalam penapis. Tunggu hingga kering baru potong bendi tersebut. Selepas potong, tak perlu lagi dibasuh.
Berdasarkan perkongsian Fatimah, terdapat tiga cara penyediaan air rendaman bendi iaitu:
Cara 1: Bendi harus dipotong terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas rendaman air
- Basuhkan kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil seperti dalam gambar.
- Masukkan bendi yang sudah dipotong itu ke dalam air atau bekas yang anda suka.
- Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk
- Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan menambah air hanya 3 kali tambahan sahaja.
- Air rendaman bendi yang telah siap dan dimasukkan ke dalam peti ais.
- Anda tidak perlu bimbang sekiranya air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar.
Cara 2:
- Kacang bendi 10 – 15 biji dibasuh dan dipotong.
- Air masak 1 liter.
- Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.
- Simpan di dalam peti sejuk.
- Minum selalu.
- Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
- Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar.
Cara 3:
- Rendam dalam air yang agak banyak supaya tidak kering (guna bekas yg besar)
2. Masukkan dalam peti sejuk semalaman.
3. Minum 30 minit sebelum sarapan.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam PLOS One pada 2017, zat yang disebut ‘myricetin’ terdapat dalam kacang bendi dan beberapa makanan lain termasuk anggur merah dan teh.
Penyelidik mengambil ekstrak ‘myricetin’ daripada kacang bendi dan diberikan kepada tikus makmal dan hasilnya menunjukkan ia meningkatkan penyerapan gula pada otot tikus sehingga menurunkan kadar glukosa darah.
Para penyelidik berpendapat bahawa ‘myricetin’ juga dapat mengurangkan risiko lain untuk diabetes. Selain itu, penyelidik pada 2011 menemukan adanya hubungan antara kacang bendi dengan penurunan gula dalam darah.
Kajian ini selaras dengan petua yang dikongsi Fatimah yang turut mendakwa bendi elok untuk mengawal paras gula dalam badan.
Berikut adalah sebahagian khasiat air rebusan bendi:
- Mencuci hati
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah
- Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar
- Membantu mengelakkan sembelit/mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua
- Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
- Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa
- Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi
- Meneutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman
Membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur - Anti diabetes
- Kawal paras gula dalam badan