HomeBeritaMahkamah & JenayahPRN: Polis siasat insiden pukul di depan balai polis - Ayob Khan

PRN: Polis siasat insiden pukul di depan balai polis – Ayob Khan

GOMBAK: Polis sedang menyiasat satu insiden pukul yang berlaku di hadapan sebuah balai polis, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku di sebuah Ibu Pejabat Polis (IPD) di negeri Pantai Timur.

“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan sebab video itu kita hanya tengok bahagian itu sahaja mungkin ada bahagian lain sebelum itu, dan mungkin ada provokasi atau sebagainya.

“Itu saya tak nak komen sebab siasatan masih dijalankan. Tetapi saya dapat sahkan itu memang berlaku di IPD di sebuah negeri di Pantai Timur,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian berkenaan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 14 saat tular di aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal yang memakai bendera Pas dipukul beberapa lelaki di depan pekarangan sebuah balai polis. – Astro Awani

Authors

Pilihan Editor