KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima pulangan keuntungan berjumlah RM50juta menerusi penganjuran Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022.
Malaysia terpilih sebagai tuan rumah menerima kehadiran 3,500 delegasi atlet serta pegawai pada kejohanan yang bermula semalam sehingga 21 Ogos.
Setiausaha Agung Persatuan Muay Thai Malaysia, Dr. John Mohd. Abdul Rahim memberitahu, selepas Malaysia membuka sempadan, ini adalah acara terbesar di adakan
di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.
“Menerusi penganjuran ini, kita jangka akan mendapat pulangan hasil sebanyak RM50 juta.
“Sejumlah delegasi 3,500 itu, mereka akan melancong ke seluruh negara selepas kejohanan dan ia memberi manfaat mepada negara dalam sektor ekonomi” katanya.
Penganjuran kejohanan dua tahum sekali itu mempertandingkan 200 kategori membabitkan penyertaan peserta berumur 8 hingga 17 tahun.
Remaja Dunia IFMA dianggap medan untuk atlet remaja negara mengembangkan bakat bersaing dengan pencabar di peringkat tertinggi.