CYBERJAYA: Kemunculan pelakon, Amerul abatan Pertanian Malaysia (DOA) nyata menjadi tumpuan netizen.
Video berdurasi 2 minit 35 saat yang disiarkan di platform rasmi media sosial DOA itu memaparkan masalah dan cabaran yang dihadapi para pengusaha baik dalam bidang pertanian mahupun perikanan.
Meskipun kandungan video itu bersifat ‘berat’ namun jalan penceritaan dengan gabungan mantap Amerul yang juga seorang usahawan tani, membuatkan video pendek itu kelihatan bersahaja.
Malah, rata-rata warga maya memuji hasil video yang disiarkan DOA itu dalam memberi kesedaran kepada umum mengenai ilmu pertanian dan perikanan.
“Gini lah ministry yang kita mahu. Appreciate petani kita,” komen netizen.
“Great content. luv it. Hope pertanian, penternakan, perikanan Malaysia terus memacu,” tulis warga net.
“Terbaik penerangan camni. Kipidap,” kata netizen.