HomeHiburanNabila Razali bertunang, rancang kahwin tahun depan?

Nabila Razali bertunang, rancang kahwin tahun depan?

CYBERJAYA: Penyanyi, Nabila Razali dipercayai telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.

Lapor Kosmo berdasarkan sumber, majlis itu hanya melibatkan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja dan berlangsung di rumah baharu Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, di Selayang.

“Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi,” ujar sumber terbabit.

Daripada perkongsian saudara terdekat lelaki yang berjaya menawan hati pelantun lagu Peluang Kedua itu, jelas majlis tertutup itu diserikan pelamin kecil dan disertakan acara bertukar dulang hantaran.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh mereka disatukan, namun ada yang menyatakan hari bahagia itu bakal berlangsung tahun depan.

Author

Pilihan Editor